Sejarah mungkin berulang..
Dengan riak muka selamba..
Kau siulkan lagu New Boys itu sambil goyangkan kaki..
Aku bukan budak-budak lagi..
Aku sudah cukup matang dalam mengenali tingkah laku manusia..
Pulih? Kau rasa keadaan pulih? Bila aku dan kau ketawa bersama berkongsi cerita lucu, kau fikir itu cukup untuk memulihkan keadaan?
Aku sudah matang..
Ya, aku boleh berterus terang untuk masalah yang remeh, kemudian esok harinya aku langsung tidak menyimpan dendam..
Untuk kesilapan yang besar, yang berkait rapat dengan soal perasaan, aku diamkan saja.. Kau fikir lah sendiri masak2, mengapa aku diamkan diri, elak dari bertentang mata, elak dari duduk satu meja..
Tapi apa kau buat? Kau langsung tidak rasa bersalah.. Menari nari atas nama persahabatan.. Itulah engkau..
Tuesday, 3 March 2015
Duhai Hati Yang Sarat dengan Luka
Sunday, 1 March 2015
Unhappy
Keliru.. Aku keliru dengan perasaan sendiri.. Kenapa aku langsung tak rasa bahagia.. Ya aku hidup berperinsip, berfikir secara positif, makan makanan yang sihat, bersenam setiap minggu, kurangkan kerisauan, lebihkan senyuman.. Aku dah berubah, dulu aku selalu ponteng kelas, sekarang kedatangan aku selalu penuh, assingment selalu hantar awal.. Bercinta bukan lagi menjadi keutamaan.. Tapi kenapa aku rasa kosong..
Mungkin juga kerana hidup aku terlalu berlandaskan keduniaan.. Adakah aku perlu tingkatkan ibadat terhadapNYA? Kalau orang kata masa adalah yang paling berharga di dunia, aku rasa tidak, ketenangan jiwa itu lebih mahal nilainya, begitu juga hidayah.. Semua itu milik NYA.. Hanya hamba yang beriman sahaja dikurniakan nikmat itu..
Akhir2 ini, aku sering diabaikan oleh kawan2 seperjuangan.. Maklumlaa, garisan penamat tidak jauh lagi, semua berlumba lumba nak keluar sari sini dengan cemerlang.. Aku mengaku aku tidaklah sebijak mereka, jadi aku selalu bertanya pada mereka.. Hentah mengapa aku tidak dilayan pula hari ini.. Mungkin bukan rezki aku..
Beberapa hari lagi aku akan ke Pangkor bersama kawan2.. Hentah apa lah yang akan berlaku sepanjang percutian itu, aku cuma berharap, semuanya berjalan lancar.. Amin..