Wednesday, 23 October 2013

Bila Hati Dirundung Pilu..

     

     Salam.. bile sdiy je cari blog..  bukan reti nak cari tikar sejadah.. (kutok diri sendiri)..
Tak lah sediy sangad just.. just.. bile dibelenggu dengan bermacam masalah je, otak terus set ryndu kat my late mom.. Aku tau tak elok ingat kat arwah.. Tapi nak wat cam ne lagi kan.. Cam ni lah hidup sebagai insan yang tiada tempat bergantungan.. Meniti hari-hari duka sendirian. Siapalah aku ni, nak berlagak tabah..

Kadang-kadang bila ade masalah, hati selalu terdetik nak col mama.. Tapi.. Semua tu dah lame berlalu..

Betis aku, baru je baik dari radang otot.. belum baik sepenuhnya.. Masih terasa sakit.. Tapi okey lah dari semalam.. Semua nih gara-gara kelas taekwando.. Sparing teknik dah mantap tapi tak wat senaman panas badan.. Dekat 3 hari jugak lah aku jalan macam zombie..

Hari ni, terdetik hati pulak nak update blog.. Biase lah, satu-satu nya medium yang boleh aku harap nak curah perasaan selain Facebook ngan WeChat.. Bosan je hari nih.. Semua nya bermula pagi tadi.. Ada ujian osiloskop.. 5 orang je yang dipilih untuk setiap ujian.. Disebabkan nama aku capital A, jadi aku pun terpilih lah menjadi antara orang yang bertuah pada pagi yang mulia tu (bertuah hapee).. Dan tahniah kepada aku kerana test setengah jam bertukar menjadi sejam setengah. And markah yang sepatutnya dapat tinggi pulak dapat kosong.. Dan dengan suka citanya ingin aku umumkan bahawasanya aku akan ulang balik test osiloskop tersebut..  Jujur lah, bukan salah aku pun kalau gagal. Pengajar tu yang tak reti ajar dengan betul. Apa dia leter satu pun aku tak paham sedangkan subjek lain boleh pulak aku bawak dengan baikkkk.. takdelah baik sangat tapi boleylaa.. Tak nak lah ngumpat panjang pasal pengajar, kang tak berkat tak pasal je..

Tengahari tu aku cuba tidur. Tapi tak lena.. Tak tahulah kenapa muka mamat tu menjengah-jengah pulak dalam mimpi aku.. Cam siak je.. Then aku bangun dari katil and main Need for Speed Most Wanted, baru sampai blacklist 12.. So, happy lah sikit.. Dulu aku dah pernah maen sampai blacklist 7 pastu tetiba pulak laptop buat hal, terpaksa format..
Petang.. Pukul 5 aku turun ke Dewan panas untuk main ping pong.. And sekali lagi tahnih, aku kalah teruk hari nih.. Asik jatuh je bola aku. Dah lah kaki sakit.. Penat aku kejar bola tu. Main punya main, tak sedar jam dah pukul 6.30 petang.. So aku pun pegi lah makan kat DM.. Dah selesai makan aku saje je bergurau-gurau ngan Cik Mirah, maen lap-lap mulot kat baju dia.. Boleh pulak ada suara sumbang budak kimpal kata aku BONGOK.. Memang tak sayang mulot betul lah..  Aku pusing lah nak tengok sape yang kuang hajo sangad tu, aku pun dah sakit hati sangat, acah-acah nak baling pinggan kat diowank(geram).. Then aku jalan lagi sikit dia cakap aku BANGANG pulak..  Aku pun ape lagi, terus jerit depan pintu, dah tak pedulik sape yang lalu lalang, BUDAK KIMPAL BODOH!! Hahh, puas hati aku.. Kenapa lah benci  sangat kat aku.. Aku tak kacau pun hidup diowank, nape pulak nak saket hati.. Aku paham lah kalau korang ni Gayboy, tapi tayah lah benci sangat ngan kaum hawa yang comey lotey hot-hot spicy cam aku ni, ingat sikit.. Mak ko pun pompuan tokkk!!!..

Malam ni, rase tak best je.. Jujur, rindu sangat kat mama.. Dulu kalau rindu selalu call dia..  Sedih sangat, kenapalah aku boley tertinggal sapu tangan kesayangan aku kat dalam bas hari tu.. Satu-satu nya harta yang paling aku sayang.. Sapu tangan yang dulunya selalu aku basahkan dan letak kat dahi arwah ketika dia demam.. Kini hilang macam tu je.. Tak de ape dah barang mama yang aku bawak ke Batu Pahat ni yang boleh jadi pengobat rindu aku kat mama.. Tu je..  

Aku memang selalu macam ni, tak pernah menghargai apa yang aku ada, sehinggalah suatu masa mereka pergi tinggalkan aku.. Padan muka aku.. Mama..  Memang dulu aku tak menghargai dia.. Walau semua orang cakap aku dah cuba yang terbaik.. Tapi aku tak rasa macam tu.. Selalu tinggikan suara, takde di samping dia bila dia perlukan aku..  Tak solehah macam anak orang lain, yang sentiasa boleh mendoakan kedua ibu bapanya.. hurm.. Ayah.. Aku tak suka petik nama dia.. Hidup aku dah banyak masalah lagi mau tambah dengan masalah ayah.. Dia baru je balik ke negeri dia, untuk menjalani rawatan jantung. Aku tahu dia sakit jantung pun dari mak angkat aku.. Balik macam tu je, tak meninggalkan pesan, tak meninggalkan nafkah atau harta, malah jumpa aku pun tidokk.. Tapi takpe lah, aku redha, dia tetap bapak aku, aku tahu aku sentiasa ada di dalam doa dia.. Dan aku juga sentiasa mendoakan dia.. Sampai disitu je lah hubungan anak beranak yang tersangatlah suwitttt antara aku dan ayah.. huhu..

Ucapan terakhir untuk adik aku, Ajim, Gudluck SPM 2013.. Aku tahu ko boleh buat.. Aku doakan Tuhan sentiasa pelihara hati ko dari kesusahan dan kekusutan.. Semoga berjaya dunia dan akhirat ye dik :D


Dah ngantuk.. Gudnyte.. xoxo..

No comments:

Post a Comment