Sekarang ni pun aku hanya menaip menggunakan tangan kiri aku.. Jadi kidal kejap huhuhu.. OK , LARI TOPIK SIKIT.. Sebenarnya aku telah pun melepaskan satu peluang sambung belajar iaitu FORM SIX!! Siyeslaa , form 6, kalau dapat budak malas belek buku macam aku memang tapayah lah nak berangan sangat.. Sains pun susah Sastera pun susah.. Sesi persekolahan form 6 baru jer bermula semalam, AHAD 12 Mei 2013..Ramai juga kawan-kawan aku yang apply form 6, "Honestly, I really-really wish you'll good luck because you've make the right decision".. Sebab apa aku cakap macam tu?? Sebab aku tahulah macam mana result SPM kawan-kawan aku, lebih kurang macam result aku jugakk, mungkin peluang nak ke IPTA tu amatlah tipis.. Kan??? Lagipun form 6 jimat ??? Haha pape jelahh kan..
Kira-kira 2 bulan lepas aku ada pergi ke Gong Badak (setelah didesak oleh Cik Mirah) untuk menyibukkan diri bagi menyertai Karnival Jom Masuk U.. Macam biasa lah, pameran-pameran kat situ majoriti nya dimonopoli oleh IPTS berbanding dengan IPTA.. Aku pun apa lagi, main isi je lah borang mana-mana bidang yang layak.. DAnnn.. Aku telah pun mendapat tawaran untuk ke UniKL Mitec kat Pasir Gudang dalam jurusan Dip in Quality Engineering.. Sayangnyaaa.. ramai ahli keluarga aku yang tak bersetuju untuk membenarkan aku mengambil bidang tu.. ataupun dengan kata lain, mereka membangkang habis-habisan aku masuk IPTS.. Aku pun apa lagi, diam je lahh..
Beberapa hari lepas, aku ada pergi ke temuduga biasiswa/pinjaman MARA.. Dan yesss!! Alhamdulillah.. Pinjaman aku diluluskannn.. TAPI!!!!!!!! Hurmmm.. Tapi tapi tapiii, pinjaman itu hanya akan diluluskan jika aku masuk FTMS.. Natang hape ftms??? Tak pernah dengar pun??? Bagus ke??? Tu lah antara persoalan yang berdenyut-denyut dalam kepala hotak aku skunk ni.. Tapi bidang yang ditawarkan tu memang best, sesuai dengan minat dan kemampuan aku iaitu Software Engineering.. Aku memang minat gilaa dengan komputer nih.. huhuu, aku pun kompius.. Tapi antara kelebihan-kelebihan FTMS nih yang aku pun tidak pasti kesahihannya adalah:
- Pelajar stay kat KOndo (hidup mewah la konon)
- Facilities yang menarik, gym, swiming pool , cafe , etc
- International Degree
- Ramai pelajar asing
- Kos hidup yang tinggi (untuk orang susah mcm aku nih memang tak arrr)..
- Yuran yang mahal
No comments:
Post a Comment