Friday, 17 May 2013

Sedih Tak Dapat Masuk IPTA :(

     
Dukacita dimaklumkan anda TIDAK BERJAYA dalam 

Permohonan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2013/2014.


     Sekali lagi Dia menduga kita, Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.. Aku sedar, dengan keputusan SPM aku yang cukup-cukup makan tu, memang tak layak lah masuk IPTA.. Aku boleh je study kat IPTS.. Tapi aku ni orang susah, akaun bank arwah mama aku dibekukan.. Kurang-kurang pun 5 bulan lagi baru boleh claim.. Sekali lagi Tuhan menduga aku dengan kekurangan wang..

     Sape tak kecewa kan? Macam-macam cara yang kita lakukan untuk menzahirkan kekecewaan yang terbuku dihati.. Ecehh..! Ada kawan-kawan aku yang meluahkannya kepada ibu bapa, ahli keluarga, rakan-rakan.. Tapi aku.. akuu.. aku hanya boleh menaip.. Tu je yang aku mampu.. Aku sunyi, malam-malam tidur sorang-sorang, makan pun sorang-sorang.. Tengok tv sorang-sorang.. Sekali lagi Tuhan menduga aku dengan rasa sunyi.. 

     Tapi aku tetap bersyukur sebab aku yakin ramai lagi yang diduga lebih teruk dari aku.. Lepas nih , mungkin aku balik Ipoh kot, cari kerja kat sana, yang penting, MUNGKIN.. Hari ni aku baru je sedar yang aku sebenarnya teringin nak jadi 'programmer'.. Tak salah kan kalau perempuan jadi programmer?? Apa pun, semua tu bergantung pada takdir.. Kalau ada rezeki, adalah.. Kalau tak ada, aku terima dengan hati yang terbuka..

     Kepada semua kawan-kawan yang tak dapat masuk ke IPTA, jangan lah sedih.. Kerana dirimu begitu berharga,, Hhehe.. Rezeki ada dimana-mana.. Don't worry k?? Selamat berjuang!! 

     Trimas sebab baca entry saya.. XOXO!!!

     

No comments:

Post a Comment